TLaB Automotive
Jimat Masa,
Pandu Lebih Yakin
Daripada penyelenggaraan rutin (maintenance) hingga pembaikan (restore) dan peningkatan prestasi (enhance), kami sedia memastikan anda sentiasa memandu dengan yakin.
 Servis Berkala (Oil Service)
Servis berkala kami menawarkan penukaran minyak enjin serta penapis minyak (oil filter) bagi memastikan enjin kekal lancar dan tahan lama. Selain itu, kami turut menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas tahap air, coolant, tali sawat, brek, dan bateri.
 Pembaikan Mekanikal
Kami menawarkan khidmat pembaikan mekanikal menyeluruh oleh mekanik berpengalaman menggunakan alat ganti berkualiti, merangkumi komponen penting seperti sistem brek, clutch, gearbox, suspension, absorber, serta sistem bahan api dan enjin kereta anda.
 Diagnostik & Pemeriksaan Komputer
Jangan risau jika lampu “Check Engine” anda menyala, kerana kami menyediakan pemeriksaan diagnostik khas Toyota untuk mengesan punca masalah secara tepat sebelum kerosakan menjadi lebih besar, sekali gus menjimatkan masa dan kos pembaikan anda di kemudian hari.
Pemeriksaan Sebelum Perjalanan
Sebelum memulakan perjalanan jauh atau pulang ke kampung, dapatkan pemeriksaan kenderaan daripada kami untuk pemanduan yang selamat dan meyakinkan melalui semakan visual brek dan tayar, cecair enjin, coolant, minyak gear, serta fungsi wiper, bateri, dan lampu kereta anda.
Take Action Now
Masa Itu Emas,
Kereta Anda Aset Utama!
Jangan tunggu sehingga kereta tersadai di tepi jalan. Dapatkan servis pantas daripada TLaB Automotive sekarang. Bertindak hari ini untuk jimatkan masa, wang ringgit, dan kekalkan prestasi optimum kenderaan anda!
Hubungi kami: (+60)11 3735 3467
Lokasi:Â 16G, Jalan Putra 3, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu, 9.00 pagi – 6.00 petang